Terma & Syarat
SetiuPark ialah sistem aplikasi mudah alih pembayaran parking. Aplikasi ini akan berdasarkan kepada terma dan syarat. Adalah dinasihatkan untuk anda membaca dan memahami terma dan syarat sebelum memuat turun aplikasi SetiuPark.
PERLINDUNGAN DATA
Untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi selaras dengan Akta Privasi Data dan Perlindungan Data Peribadi 2020, SetiuPark menggunakan teknologi terkini untuk mencegah sebarang akses tanpa kebenaran atau pemintasan data peribadi.
KESELAMATAN PENYIMPANAN DATA
Semua privasi dan data peribadi yang dikongsi oleh pengguna akan dilindungi dan disimpan menggunakan teknologi keselamatan data yang sesuai untuk memastikan pihak ketiga tidak menggunakan maklumat untuk tujuan selain daripada aplikasi dan operasi parking.
PERATURAN PARKING / PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pengguna aplikasi SetiuPark tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 333 (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 333)) dan semua pindaan di bawahnya.
- Pengguna mesti mengikut tempoh operasi parking apabila meletak kereta di bawah kawasan PBT.
- Aplikasi SetiuPark boleh dimuat turun dari App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.
- Pengguna boleh memilih parking secara setiap jam, harian, atau bulanan apabila menggunakan aplikasi ini.
- Pengguna hendaklah mempunyai kredit yang mencukupi untuk menggunakan aplikasi ini, di mana kredit boleh ditambah melalui perbankan dalam talian.
TUNTUTAN / RAYUAN
Baki kredit SetiuPark tidak akan dikembalikan kerana ia tidak mempunyai tarikh luput. Walau bagaimanapun, pengguna boleh menggunakan fungsi 'Pindah Kredit' untuk memindahkan kredit kepada pengguna SetiuPark yang lain.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi, atau amalan laman atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian melalui laman web atau perkhidmatan pihak ketiga.
PENGIKLANAN
Aplikasi SetiuPark mungkin mengandungi iklan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web pihak ketiga.
HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Terma dan Syarat ini, anda boleh menghubungi kami di:
E-mel: setiupark@mds.gov.my
Telefon: 09 609 9377
Laman Web: mds.gov.my
Tarikh Kemas Kini: Januari 2025
Versi: 1.0